Monday, 5 February 2018

TA'ARUF


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Blog ini diwujudkan bagi memenuhi tuntutan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah DUA2022 Pengurusan dalam Islam kami iaitu Ustazah Sharifah Khuzaimah Wan Yusup.

Pepatah mengatakan "tak kenal maka tak cinta". Sebelum memfokuskan lensa kita pada tajuk yang diberi, kami akan memperkenalkan diri terlebih dahulu.

Tuesday, 23 January 2018

BAB 2 : OBJEKTIF DAN PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

PENGENALAN

Sebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau objektif pengurusan yang tersendiri. Begitu juga di dalam pengurusan Islam, objektif pengurusan merupakan sesuatu yang sangat penting kerana menggariskan hala tuju yang akan dicapai oleh organisasi.


OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Menurut Rasid et al.(2008), antara kepentingan objektif pengurusan Islam adalah seperti yang berikut;


  1. Objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan umum yang melambangkan matlamat yang hendak dicapa & menjadi garis panduan oleh sesebuah organisasi.
  2. Objektif yang jelas membolehkan segala sumber serta usaha digerakkan ke arah pencapaian objektif.
  3. Perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil kira realiti masa ini, pengalaman masa lampau serta tuntutan untuk masa hadapan.
  4. Objektif juga membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperoleh & mengenal pasti masalah, cabaran serta pendekatan yang dilakukan untuk menhadapi masalah yang datang.


MATLAMAT UMUM SYARIAH (Maqasid Syariah)

Menurut konteks pengurusan Islam, objektif umum sesebuah organisasi seharusnya tidak lari daripada matlamat umum syariah Islamiah. Menurut Imam Syartibi dan Al Ghazali (2010), matlamat umum syariah merangkumi 5 komponen maqasid yang sangat mustahak, iaitu;



Komponen penting maqasid ini membuktikan bahawa Islam ialah sistem hidup yang lengkap, komprehensif, relevan pada bila-bila masa dan sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa-apa jua urusan kehidupan. Garis panduan yang ideal ini adalah untuk memastikan segala keperluan kehendak dan aspirasi kehidupan dapat dipenuhi serta terpelihara. Hal ini juga selari dengan prinsip maqasid syariah, iaitu menjamin serta melindungi maruah, kepentingan dan serta kehormatan individu disamping memelihara keharmonian hubungan sesama manusia. Oleh itu, untuk mencapai objektif pengurusan Islam, strategi, pendekatan, etika dan budaya yang ingin dikembangkan dalam sesebuah organisasi perlulah seiring dengan matlamat syariah Islam di samping mencapai matlamat khusus organisasi itu sendiri.

Maqasid syariah


Sunday, 21 January 2018

PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA YANG WAJAR DALAM PENURUNAN TUGAS


SESEORANG PENGURUS TIDAK BOLEH MELAKUKAN KESEMUA KERJA DALAM JABATANNYA. PENGURUS AKAN MEMILIH KERJA ATAU TUGASAN YANG SESUAI UNTUK DISERAHKAN KEPADA PARA PEKERJANYA.

DALAM ASPEK PEMBAHAGIAN TUGAS, PENGURUS MESTILAH MEMBERIKAN AUTORITI DAN HAD KUASA BAGI MEMBOLEHKAN PARA PEKERJANYA MENJALANKAN TUGASNYA DENGAN CEKAP DAN BERKESAN. SEKIRANYA AUTORITI KURANG WAJAR , SUDAH TENTU PEKERJA TERSEBUT MENGHADAPI MASALAH.


PENURUNAN KUASA PADA ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT

PENYERAHAN KUASA YANG MENJADI AMALAN RASULULLAH SAW TELAH DIWARISI PULA OLEH PARA SAHABATNYA.ABU BAKAR IAITU DENGAN MEMBERI KEBEBASAN KEPADA GABENOR DALAM MENGENDALIKAN URUSAN PENTADBIRAN TEMPATAN , PERMASALAHAN AWAM DAN MEREKA JUGA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK BERTINDAK SELAKU PENYELIDIK BAIK DALAM KEADAAN TERTUTUP ATAU TERBUKA. BAGI MENENTUKAN AKTIVITI ORGANISASI SUPAYA BERJALAN DENGAN LEBIH LANCAR SEPERTI YANG DIRANCANGKAN, IA MEMERLUKAN SISTEM PENGAWASAN, PENYELARASAN DAN ORGANISASI , SEGALA PERATURAN, DASA, PROSEDUR DAN SISTEMHUBUNGAN YANG BAIK KEPADA KESELURUHAN KAKITANGAN ORGANISASI.


PEMBERIAN GANJARAN

PEMBAHAGIAN GANJARAN TERBAHAGI KEPADA DUA;

  1. ENTRINSIK~ GANJARAN KEWANGAN SEPERTI KENAIKAN UPAH DAN KOS.
  2. INSTRINSIK~ GANJARAN PENGHARGAAN SEPERTI SURAT PUJIAN DAN SIJIL PEKERJA CEMERLANG.

DEFINISI ORGANISASI



ORGANISASI IALAH SATU UNIT SOSIAL YANG TERDIRI MANUSIA YANG BEKERJASAMA DAN SALING BERGANTUNG ANTARA SATU SAMA LAIN BAGI MENCAPAI MATLAMAT.

CIRI-CIRI ORGANISASI

SESEBUAH ORGANISASI TELAH DIBENTUK MELAMBANGKAN IDENTITINYA YANG TERSENDIRI.SELAIN ITU, SAMA ADA ORGANISASI KECIL ATAU BESAR , IA MEMPUNYAI HIERARKI ATAU TINGKAT AUTORITI. SETIAP ORGANISASI MEMPUNYAI HIERARKI YANG BERBEZA. SETERUSNYA IALAH DI DALAM SETIAP ORGANISASI MEMPUNYAI PEMBAHAGIAN KERJA BERDASARKAN JENIS PEKERJAAN ATAU BAHAGIAN YANG DIWUJUDKAN.CONTOHNYA SEPERTI PEMASARAN, PENGELUARAN DAN SEBAGAINYA.



KETAATAN KEPADA ORGANISASI



  •      KETAATAN KEPADA ORGANISASI MERUJUK KEPADA KETAATAN SESEORANG PEKERJA KEPADA PENGURUS DAN SEORANG PENGURUS KEPADA KETUANYA.
  •      TERDAPAT BEBERAPA FAKTOR YANG MESTI DIAMBIL KIRA BAGI MENJADIKAN ARAHAN TERSEBUT SEBAGAI SESUATU YANG MESTI DITERIMA IAITU ARAHAN TERSEBUT MESTILAH BERADA DALAM BIDANG TUGAS YANG DIARAHKAN OLEH MAJIKAN DAN KERJA TERSEBUT BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT KEUPAYAAN MENTAL DAN FIZIKAL PEKERJA.
  •         KEPENTINGANNYA AMAT JELAS DENGAN SEORANG PEMIMPIN DAPAT MEMBAWA SESEORANG ORGANISASI KE ARAH KECERMELANGAN. WARGA ORGANISASI AKAN LEBIH BERDIDPLIN , AKUR DAN MENURUT SEGALA ARAHAN SELAGI TIDAK BERCANGGAH DENGAN HUKUM SYARAK.
  •        KETAATAN KEPADA ORGANISASI TERBAHAGI KEPADA DUA;


  1.   KESETIAAN KEPADA ORGANISASI


ANTARA PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH SEORANG PENGURUS IALAH MENGAMBIL TINDAKAN YNG BOLEH MENIMBULKAN RISIKO YANG BESAR KEPADA ORGANISASINYA. SELAIN ITU IALAH, MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA KERUGIAN KEPADA ORGANISASINYA DANMEMBELAKANGKAN KEPENTINGAN ORGANISASINYA DEMI KEPENTINGAN ORGANISASI YANG LAIN SEPERTI MEMBERI MAKLUMAT RAHSIA KEPADA ORGANIASI PESAING. TERAKHIR , BEKERJA DENGAN DUA ORGANISASI YANG BERBEZA DALAM SATU MASA.



 2.   KEPATUHAN KEPADA DISIPLIN


ORGANISASI PERLU MENYEDIAKAN DASAR DAN PERATURAN SUPAYA DIPATUHI OLEH SETIAP INDIVIDU.TANPA DISIPLIN, ORANISASI AKAN MENJADI KACAU BILAU DAN AKIBATNYA AKAN MEMUSNAHKAN ORGANISASI. SETIAP PENGURUS DIAMANAHKAN OLEH MAJIKAN DAN PIHAK PENGURUSAN ATASAN BAGI MEMASTIKAN SEGALA PERATURAN DAN ARAHAN DIIKUTI OLEH PEKERJANYA DAN PENGURUS ITU SENDIRI

PRINSIP DAN PERANCANGAN OPERASI



PERANCANGAN STRATEGIK PERLU DIBUAT SUPAYA DAPAT MENCAPAI OBJEKTIF ORGANISASI.

PRINSIP DAN PERANCANGAN TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU;


  1.  RANCANGAN UNTUK TUJUAN TERTENTU.
  2. RANCANGAN KEKAL YANG BERTUJUAN UNTUK MENYELARASKAN DAN MEMBERIKAN PANDUAN TENTANG TUGAS DAN MEMBUAT KEPUTUSAN.



 RANCANGAN UNTUK TUJUAN TERTENTU

  • MENGANDUNGI PROGRAM , PROJEK BELANJAWAN.
  • RANCANGAN DIBUBARKAN DAN AKAN DIWUJUDKAN SEMULA APABILA TERDAPAT PROGRAM BARU.


  1. PROGRAM- MENGANDUNGI DAN MENERANGKAN SECARA KESELURUHAN AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN DAN KAKITANGAN YANG DIPERTANGGUNGJAWAB.
  2. PROJEK- TUGAS-TUGAS KECIL DI DALAM PROGRAM YANG MENUNJUKKAN KAKITANGAN TERTENTU YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN.
  3. BELANJAWAN-SATU ALAT UNTUK MENGAWAL PERJALANAN AKTIVITI AGAR MEMATUHI PERUNTUKAN YANG DITETAPKAN.



 RANCANGAN KEKAL

  1.  DASAR~ PANDUAN YANG DITETAPKAN OLEH OIHAK PENGURUSAN ATASAN , UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN DAN MENCARI JALAN KELUAR BAGI MENGELAKKAN KONFLIK.
  2.  PROSEDUR YANG SELARAS~ TATACARA ATAU KAEDAH YANG MENERANGKAN CARA MENJALANKAN TUGAS AGAR KAKITANGAN DAPAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN SERAGAM ATAU TIDAK.
  3.  PERATURAN~ MENGAWAL SESUATU TINDAKAN ITU BOLEH DIBUAT ATAU TIDAK.





Saturday, 20 January 2018

PRINSIP PENGURUSAN ISLAM



Prinsip : asas / dasar yg menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakan/ pelaksanaan.
Dalam konteks pengurusan islam, prinsip bertindak selaku landasan dalam pelaksanaan suatu kegiatan pentadbiran / pengurusan untuk mencapai matlamat yang telah dirancang & ditetapkan oleh sesebuah organisasi.



Menurut Rasid et al. (2008), pengurusan Islam secara hakikatnya merupakan terjemahan kepada “kerajaan Islam” atau pemerintahan Islam. Maka, prinsip sebuah “negara Islam” melibatkan prinsip-prinsip yg berikut:


MATLAMAT UMUM SYARIAH (MAQASID SYARIAH)


  1. Menjaga keselamatan agama (ﺣﻔﻆ ﺍﻟﺪﻳﻦ)
Dalam konteks organisasi, aspek keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan hendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang. Sebaliknya, kegiatan yg meningkatkan keimanan dan keteguhan akidah perlu dibudayakan.



2. Menjaga keselamatan jiwa raga (ﺣﻔﻆ ﺍﻟﻨﻔﺲ)

Salah satu tujuan/ maqasid al-syariah ialah menjaga dan memelihara jiwa(nyawa) serta tubuh badan manusia. Hal ini mewajibkan seseorang itu memelihara nyawanya & nyawa orang lain sejajar dengan firman Allah, iaitu;



3. Menjaga keselamatan akal (ﺣﻔﻆ ﺍﻟﻌﻘﻞ)

Akal dan pemikiran perlu dijaga kerana merupakan anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia. Akal dan pemikiran juga merupakan keistimewaan daripada Allah SWT yg membezakan manusia  berbanding dengan makhluk yg lain. Akal bukan sahaja perlu dijaga, tetapi perlu disuburkan fungsinya demi kebaikan umat sejagat. Oleh itu segala unsur yg boleh merosakkan akal adalah dilarang sama sekali, termasuklah minum arak, mengambil dadah serta memikirkan perkara yg tidak terjangkau oleh akal manusia. Hal ini berdasarkan firman Allah:




Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah(semuanya) kotor(keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."



4. Menjaga keselamatan maruah & keturunan (ﺣﻔﻆ ﺍﻟﻨﺼﺐ)


Memelihara maruah dan keturunan menusia merupakan salah satu matlamat syariah. Oleh itu segala bentuk yg boleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali. Ini sejajar dengan firman Allah:





5. Menjaga keselamatan harta (ﺣﻔﻆ ﺍﻟﻤﺍﻝ)

Menjaga & memiliki harta merupakan salah satu tujuan/ maqasid syariah. Hal ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya:

Maksudnya:
"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yg mencuri maka(hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah, dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."