Saturday, 20 January 2018

PRINSIP PENGURUSAN ISLAM



Prinsip : asas / dasar yg menjadi pokok sesuatu pemikiran, tindakan/ pelaksanaan.
Dalam konteks pengurusan islam, prinsip bertindak selaku landasan dalam pelaksanaan suatu kegiatan pentadbiran / pengurusan untuk mencapai matlamat yang telah dirancang & ditetapkan oleh sesebuah organisasi.



Menurut Rasid et al. (2008), pengurusan Islam secara hakikatnya merupakan terjemahan kepada “kerajaan Islam” atau pemerintahan Islam. Maka, prinsip sebuah “negara Islam” melibatkan prinsip-prinsip yg berikut:



1) AL-UBUDIYYAH


 Al-Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Prinsip ini merujuk sifat pengabdian diri seorang insan hanya  kepada Allah SWT. Oleh itu, seluruh kegiatan seseorang individu dan juga seluruh kegiatan di dalam organisasi perlulah berpegang kepada konsep pengabdian diri kepada Allah.

 Contohnya hubungan manusia dengan Allah SWT adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiyyah) Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadaNya.




Maksudnya:
"Janganlah kamu sembah dua tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepada-Ku. Allah memiliki apa-apa yang di langit dan di bumi dan kepada-Nya(hendaklah) kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah?"

PENAMBAHAN ( AL UBUDIYYAH)


2) AL- SYURA

Al-Syura merupakan prinsip pengurusan Islam yang kedua. Kepentingannya ditegaskan dengan jelas dan nyata di dalam al-Quran. Al-Syura bermaksud muzakarah atau musyawarah juga merupkan unsur yang dianggap penting dalam kehidupan seharian.

Kepentingan al-syura dalam pengurusan ialah:

i. Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik 
   akal. Keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada seorang. 

ii. Syura dapat memantapkan keputusan yang dibuat hasil perbincangan yang lebih 
    matang dan lebih mendalam. 

iii. Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana sesuatu
     perkara itu dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.






3) AL-HURIYYAH


Al-Huriyyah bermaksud kebebasan. Kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan Islam. Prinsip ini bertitik tolak daripada pengiktirafan Islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan. Oleh itu, Islam menentang sebarang bentuk perhambaan tanpa perhambaan tanpa sebarang alasan kecuali perhambaan terhadap Allah SWT.

Islam menjamin kebebasan manusia dari aspek hak asasi kemanusiaan yang melibatkan perkara-perkara yang berikut:

  i. Kebebasan beragama atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti
 ii. Kebebasan berfikir
iii. Kebebasan bersuara
iv. Kebebasan memiliki dan mencari harta
 v. Kebebasan untuk menuntut ilmu
vi. Kebebasan untuk bergerak



4) AL-MUSAWAH

 Al-musawah atau persamaan adalah antara prinsip-prinsip pengurusan dalam Islam. Persamaan berkaitan dengan hakikat bahawa manusia berasal daripada keturunan yang satu, iaitu berasal daripada nabi Adam a.s. Perkara-perkara yang membezakan tanggungjawab manusia dengan manusia yang lain ialah amalan dan tanggungjawab dan ketakwaan. 




Maksudnya:
"wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuan(akan keadaan dan amalan kamu).


Perlaksanaan persamaan dalam organisasi melibatkan perkara-perkara berikut:

> Semua warga organisasi harus diterima sama rata, terutama dari sudut peraturan dan 
    undang-undang.

> Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan kerana 
    manusia mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta cita rasa yang tersendiri.

> Persamaan hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan yang 
   diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama. 


5) AL-ADALAH

  Islam adalah agama yang mementingkan keadilan. Keadilan dalam Islam merujuk kepada hak, iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Menurut Mawardi, keadilan ialah bercakap benar, jujur dan amanah, menjauhi perkara yang haram, menjauhi dosa dan syubhah, tenang dalam apa-apa jua keadaan sekali pun dan menjaga maruah. 

Keadilan perlu dilaksanakan dalam: 

 1. Proses pengambilan pekerja yang dipilih menepati kriteria dan kelayakan yang 
     ditetapkan.

 2. Pembahagian tugas supaya dapat diserahkan kepada yang layak mengambilkan bakat, 
      potensi dan kekuatan.


 3. Menajatuhkan hukuman bukan berdasarkan kedudukan atau pilih kasih.

No comments:

Post a Comment