Saturday, 20 January 2018

MATLAMAT UMUM SYARIAH (MAQASID SYARIAH)


  1. Menjaga keselamatan agama (ﺣﻔﻆ ﺍﻟﺪﻳﻦ)
Dalam konteks organisasi, aspek keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan hendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang. Sebaliknya, kegiatan yg meningkatkan keimanan dan keteguhan akidah perlu dibudayakan.



2. Menjaga keselamatan jiwa raga (ﺣﻔﻆ ﺍﻟﻨﻔﺲ)

Salah satu tujuan/ maqasid al-syariah ialah menjaga dan memelihara jiwa(nyawa) serta tubuh badan manusia. Hal ini mewajibkan seseorang itu memelihara nyawanya & nyawa orang lain sejajar dengan firman Allah, iaitu;



3. Menjaga keselamatan akal (ﺣﻔﻆ ﺍﻟﻌﻘﻞ)

Akal dan pemikiran perlu dijaga kerana merupakan anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia. Akal dan pemikiran juga merupakan keistimewaan daripada Allah SWT yg membezakan manusia  berbanding dengan makhluk yg lain. Akal bukan sahaja perlu dijaga, tetapi perlu disuburkan fungsinya demi kebaikan umat sejagat. Oleh itu segala unsur yg boleh merosakkan akal adalah dilarang sama sekali, termasuklah minum arak, mengambil dadah serta memikirkan perkara yg tidak terjangkau oleh akal manusia. Hal ini berdasarkan firman Allah:




Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah(semuanya) kotor(keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."



4. Menjaga keselamatan maruah & keturunan (ﺣﻔﻆ ﺍﻟﻨﺼﺐ)


Memelihara maruah dan keturunan menusia merupakan salah satu matlamat syariah. Oleh itu segala bentuk yg boleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali. Ini sejajar dengan firman Allah:





5. Menjaga keselamatan harta (ﺣﻔﻆ ﺍﻟﻤﺍﻝ)

Menjaga & memiliki harta merupakan salah satu tujuan/ maqasid syariah. Hal ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya:

Maksudnya:
"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yg mencuri maka(hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah, dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."


Ayat di atas menjelaskan bahawa tidak ada seseorang pun yg dibenarkan melakukan pencerobohan terhadap harta orang lain. Justeru, setiap individu diberikan kebebasan untuk mencari, memiliki serta menggunakan harta dengan cara halal. Dalam hal ini, warga organisasi hendaklah memelihara harta organisasi, menggunakannya secara berhemah dan tiada berlaku pemborosan. Warga organisasi perlu memastikan diri mereka memperoleh harta yg halal dan menghindari cara-cara yg salah seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya dalam pelaksanaan tugas. Dengan itu, pendapatan yg diperolehi akan bersih dan deiberkati Allah SWT. (Rasid et al.,2008).

No comments:

Post a Comment