Sebuah organisasi perlu mempunyai matlamat atau objektif pengurusan yang tersendiri. Begitu juga di dalam pengurusan Islam, objektif pengurusan merupakan sesuatu yang sangat penting kerana menggariskan hala tuju yang akan dicapai oleh organisasi.
OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM
Menurut Rasid et al.(2008), antara kepentingan objektif pengurusan Islam adalah seperti yang berikut;
- Objektif sesebuah organisasi merupakan gagasan umum yang melambangkan matlamat yang hendak dicapa & menjadi garis panduan oleh sesebuah organisasi.
- Objektif yang jelas membolehkan segala sumber serta usaha digerakkan ke arah pencapaian objektif.
- Perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil kira realiti masa ini, pengalaman masa lampau serta tuntutan untuk masa hadapan.
- Objektif juga membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap pencapaian yang diperoleh & mengenal pasti masalah, cabaran serta pendekatan yang dilakukan untuk menhadapi masalah yang datang.
MATLAMAT UMUM SYARIAH (Maqasid Syariah)
Menurut konteks pengurusan Islam, objektif umum sesebuah organisasi seharusnya tidak lari daripada matlamat umum syariah Islamiah. Menurut Imam Syartibi dan Al Ghazali (2010), matlamat umum syariah merangkumi 5 komponen maqasid yang sangat mustahak, iaitu;
Komponen penting maqasid ini membuktikan bahawa Islam ialah sistem hidup yang lengkap, komprehensif, relevan pada bila-bila masa dan sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa-apa jua urusan kehidupan. Garis panduan yang ideal ini adalah untuk memastikan segala keperluan kehendak dan aspirasi kehidupan dapat dipenuhi serta terpelihara. Hal ini juga selari dengan prinsip maqasid syariah, iaitu menjamin serta melindungi maruah, kepentingan dan serta kehormatan individu disamping memelihara keharmonian hubungan sesama manusia. Oleh itu, untuk mencapai objektif pengurusan Islam, strategi, pendekatan, etika dan budaya yang ingin dikembangkan dalam sesebuah organisasi perlulah seiring dengan matlamat syariah Islam di samping mencapai matlamat khusus organisasi itu sendiri.
Maqasid syariah